assalamualaikum....
magrib hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 1432 H... mgrb esok, insyaallah, jika Allah masih meminjamkan nyawa untuk kita...kita akan menyambut tahun baru hijrah...jadi,sudah adakah keazaman baru kita untuk tahun baru ini??? atau masih terleka lagi dengan nikmatnya hidup??
semoga kita semua hamba yang terpilih untuk terus berjuang menegakkan kalimah lailahaillallah di muka bumi ini..... apa yang cuba $$ nak kongsi di sini adalah, melihat kepada keadaan dunia masa kini, $$ merasakan perlunya kita umat islam untuk sama-sama bangkit bermuhasabah diri kembali....
ramai yang dilahirkan islam, tapi ramai yang tidak mengamalkan iman itu sendiri...mengapa agaknya???
kerana kita dilahirkan islam, maka ramai yang tidak berusaha untuk mencari hidayahNya...
secara logik, wajarkah seorang hamba hanya duduk menunggu diberikan hidayah sedangkan terlalu banyak nikmat yang kita kecapi..... maka, di sinilah yang menjadi titik persoalan, umat islam kini lemah kerana kita jauh daripada hidayahNya...... kita tidak berusaha mencari, tapi hanya menunggu...
kita tidak berusaha memperbaiki diri tapi kita semakin merosakkan diri... kita slalu kata kita redha dengan takdirNya tapi kita tipu....kita tak bersyukur, tapi kita kufur.....
cuba bermuhasabah diri... cari mana silap kita...apa dosa yang kita lakukan... bagaimana kita menggunakan nikmat yang diberi oleh Allah..... letakkan persoalan: siapa aku di sisi tuhanku??
kita bukan manusia yang sempurna untuk mendapat yang sempurna..tapi bukankah apabila sering cuba menyempurnakan sesuatu itu...kita akan mencapai kepada tahap hampir sempurna???
sama-sama kita fikirkan.....=)
maafkan semua orang termasuk diri sendiri dan memohonlah untuk sebuah kemaafan sama ada daripada Allah ataupun manusia.....
AHLAN WASAHLAN 1433H~~~
http://youtu.be/df4YDcADQsc


