Perasaan terlalu suka atau cinta itu sememangnya fitrah kepada kita. Bukan sahaja dalam skop bercinta dengan manusia dan Pencipta, malah haiwan dan buku juga. Namun yang hendak ditekankan di sini bukanlah bercinta dengan buku atau haiwan, tetapi sesama MANUSIA. Setiap cinta itu sebenarnya perlu kembali kepada yang memberikan rasa itu iaitu Tuhan Rabbul Alamin, Al-Kholiq kita. Tapi, berapa ramai yang menyandarkan cinta itu kepadaNya???
Teringat kata-kata seorang teman, "kita perlu bina cinta kita atas keredhaan Allah, bukan mencari redha Allah atas cinta kita". Namun ramai yang menyalahgunakan nikmat cinta kurniaan Ilahi. Pernah juga jiwa ini tersungkur dalam arena perasaan cinta dahulu, tapi Allah masih meneguhkan iman di hati. Tidak pernah aku menyerahkan cinta kepada mana2 ajnabi… Alhamdulillah….

Hati ini risau takut diuji dengan cinta lelaki. Aku bimbang saat itu aku akan jatuh, rebah dan kecundang dengan prinsip yang dipegang. Ya Allah, aku mohon agar dikuatkan hati ini dengan sinaran iman dan hidayahMu. Apakah jika saat itu tiba, aku akan kuat seteguh karang di lautan atau menyembam di bumi?? Tidak!! Tidak!! Aku tidak mahu itu berlaku!! Aku mohon agar aku lebih bernilai daripada bidadari di syurga. Sungguh, aku cemburu dengan bidadari2 itu… aku mahu agar aku dapat mengharungi setiap ujian dengan sabar dan tabah tanpa cepat melatah… secekal permata2 ummah seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah, Saidatina 'Aisyah, dan Asiyah. Dan mengharum bak kasturi seperti Sumaiyah dan Khaulah Al-Azwar.
Apabila fitrah menjadi fitnah, maka yang tinggal hanyalah derita. Jangan mengharap bahagia hakiki apabila yang suci itu dicemari kerana debu dosa takkan menghilang tanpa taubat nasuha seorang hamba…
Jika benar engkau cinta, bawa aku kearah cintaNya… jangan zalimi diriku dengan rasa cinta yang tidak bernyawa tapi hanya bertunjangkan nafsu semata-mata…. Rahmatan lil 'alamin, dengan rasa cinta kepada yang hak, kepada agama kita, islam, rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W dan Rabbul Izzati, Allah… mohon agar Allah menarik hati kita agar kembali pada cintaNya dan cinta yang halal dengan perkahwinan yang dibina dalam mencari redhaNya…